Penyerahan itu dilakukan oleh Emir Mekah, Putera Khaled Al-Faisal yang juga penasihat kepada Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz di pejabatnya di sini.

Menurut laporan portal Saudi Gazette antara yang turut hadir ialah Timbalan Emir Mekah, Putera Abdullah Bandar, Ketua Hal Ehwal Dua Kota Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais dan beberapa pegawai lain.

Kelambu berukuran 14 meter tinggi dan 47 meter lebar itu akan menutupi empat bahagian Kaabah.

Bahagian atasnya dihias de­ngan ayat suci Al-Quran berukuran 95 sentimeter lebar yang dijahit menggunakan benang bersadur emas seberat 120 kilogram.

Hampir 650 kilogram benang sutera asli digunakan untuk membuat lima keping kelambu itu.

Sementara itu Putera Khalid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji melancarkan dua kempen iaitu ‘Kami Bangga Berkhidmat Untuk Jemaah dan Pengunjung’ dan ‘Haji Adalah Ibadah Bukan Slogan Dan Politik’.