Upacara khas dianjurkan di sebuah gimnasium di daerah Santa Fe bagi memberi peluang kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Sala,28, terbunuh pada 21 Januari, dua hari selepas disahkan bakal meninggalkan kelab Nantes untuk menyertai Cardiff City.

Pesawat membawa Sala dan juruterbang, David Ibbotson terhempas berdekatan pulau Alderney di laut Inggeris.

Mayat beliau ditemukan pada 7 Februari setelah pesawat tersebut berjaya dikesan di dasar laut.

Ibbotson walau bagaimanapun dilaporkan masih hilang.-AFP