Emilia Clarke
Emilia Clarke

Menurut portal UPI, pelakon berusia 29 tahun itu mendedahkan perkara tersebut ketika ditemu bual akhbar Daily Star di sebalik spekulasi tentang masa depan Daniel Craig dalam filem yang sinonim dengan angka 007 itu.

“Saya ada banyak impian yang tidak masuk akal. Saya teringin diberikan watak, mungkin sebagai ‘Jane Bond’. Tidak syak lagi, saya mahu digandingkan dengan Leonardo DiCaprio,” katanya.

Clarke menjadi terkenal selepas memegang watak sebagai Daenerys Targaryen atau Khaleesi, dari siri Game of Thrones di saluran HBO.

Sebelum ini, bin­tang filem X-Files, Gilian Anderson dan pelakon Quantico, Priyanka Cho­pra merupakan an­tara pelakon wanita yang pernah menyatakan minat memegang watak sebagai James Bond versi wanita.

Anderson menyatakan minatnya itu selepas seorang peminat membuat poster dengan gambaran dirinya sebagai Bond.

“Itu bukan berita, itu fantasi. Seseorang telah membuat poster dan menjadi buah mulut orang lain. Apakah perkara itu akan berlaku? Mungkin tidak,” tegas Anderson.