BBC melaporkan, sembilan orang di Perancis dilaporkan cedera akibat ribut yang membawa angin sekuat 110 kilometer per jam, manakala di Belanda, seorang cedera akibat dihempap pokok tumbang.

Di utara Perancis, Eleanor mengakibatkan lebih 200,000 penduduk terputus bekalan elektrik dan turut menjejaskan sistem pengangkutan termasuk jadual penerbangan di Paris.