Pemenang anugerah Grammy itu memuat naik gambarnya bersama Seaborn sambil berkata kedua-duanya telah bertunang sebelum tahun baharu.

Ujarnya lagi, mereka sangat gembira dan melalui fasa percintaan dengan baik.

Tahun lalu, Sheeran menjelaskan bagaimana Seaborn memberi inspirasi kepadanya dalam menghasilkan lagu Perfect, yang kini menduduki tangga pertama dalam carta Billboard Hot 100.

Sheeran dan Seaboran merupakan kawan baik ketika mereka bersekolah di Suffolk, England.

Mereka berhubung kembali sejak beberapa tahun lalu. - AP