Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

e-Voting Pilih 
ketua kampung

SEBAHAGIAN warga Desa Babakan, Bogor mengundi ketua kampung mereka
SEBAHAGIAN warga Desa Babakan, Bogor mengundi ketua kampung mereka menerusi kaedah elektronik atau e-voting.

JAWA BARAT – Semakin maju, penduduk Desa Babakan di mukim Ciseeng di daerah ini mengadakan pemilihan ketua kampung menerusi kaedah e-Voting, minggu lalu sekali gus menjadi kampung pertama di Bogor melaksanakan sistem elektronik itu.

Tinjauan media mendapati, penduduk Desa Babakan nyata teruja apabila membanjiri pusat membuang undi sejak pagi.

Malah, pihak pengurusan pilihan raya terpaksa mendirikan penghadang dan khemah bagi memastikan kelancaran ‘pesta’ demokrasi itu.

Menurut pemimpin Mukim Ciseeng, Eddy Muslihat, sebelum pemilihan ketua kampung diadakan, pihaknya terlebih dahulu mengadakan simulasi terhadap perjalanan proses pilihan raya bagi mengelak sebarang masalah berlaku.

Kata Eddy, pelaksanaan e-Voting lebih cepat dan telus, di samping dapat meminimumkan penipuan.

“Proses simulasi sudah lama kita adakan dan maklumat itu disampaikan kepada jawatankuasa pemilihan, tokoh masyarakat termasuk calon ketua kampung,’’ jelas Eddy.

Eddy berkata, pemilihan Ketua Desa Babakan menarik penyertaan tiga orang calon dengan jumlah pengundi berdaftar seramai 10,374 orang.

Jelasnya, setakat ini, proses pemilihan ketua kampung berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Penduduk pada awalnya keliru tentang kaedah pengundian, namun setelah diterangkan, mereka memahami cara itu.

“Exco pemilihan ini menjangkakan lebih 80 peratus penduduk mengambil bahagian dalam pilihan raya ini,” jelas Eddy,

Sementara itu, menurut sumber Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), sebanyak 526 pemilihan ketua kampung di sembilan daerah Indonesia sudah mengguna pakai sistem e-Voting. - KOMPAS.COM

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain