Berdasarkan keputusan awal yang dibuat, jabatan tersebut menyatakan China menjual paip berdiameter besar yang se­ring digunakan dalam industri gas dan minyak dengan harga jauh lebih rendah daripada yang ditetapkan.

Keadaan itu secara tidak langsung menjejaskan industri sama di negara ini.

AS mengimport paip besi dari China berjumlah AS$180 juta (RM739 juta) pada tahun lalu.

Biarpun langkah tersebut dilihat tidak mempunyai kaitan de­ngan beberapa tarif yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump terhadap ribuan barangan keluaran China, perkara itu tetap memperlihatkan satu lagi contoh taktik agresif untuk melindungi industri AS dan mengurangkan defisit perdagangan.

Selain itu, Kanada juga bakal mengambil langkah serupa iaitu meletakkan harga lebih rendah terhadap pengeluaran paip be­sinya dan akan berdepan dengan duti lebih 24 peratus.

India, Greece dan Korea juga bakal berdepan dengan duti sebanyak 50 peratus dan 22 peratus manakala Turki akan dikenakan cukai sehingga lima peratus.

Sebanyak enam syarikat pe­ngeluar paip di negara ini memfailkan aduan anti lambakan ke­pada Jabatan Perdagangan AS pada Januari lalu.

Bagaimanapun, jabatan itu memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan keputusan muktamad pada November ini sama ada paip yang dikeluarkan oleh China dan India menjadi lambakan dalam pasaran AS.

Sementara itu, jika Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa bebas mendapati situasi tersebut tidak menjejaskan industri AS, maka kesemua cukai tersebut akan dipulangkan semula dan keputusannya dijangka diketahui pada 20 Disember ini. – AFP