Beliau berkata demikian selepas pasukan tentera berjaya menguasai jambatan penting di bandar itu sekali gus memudahkan laluan ke kawasan yang dikuasai kumpulan militan berkenaan.

``Kita kini berada di peringkat akhir justeru kita akan menghantar segera anggota polis ke Marawi,’’ katanya.

Namun beliau memberi amaran, walaupun pertempuran di Marawi akan berakhir kumpulan militan itu tetap melancarkan serangan di bahagian lain di negara ini. - AFP