RODRIGO
RODRIGO

Perkara itu ditegaskan oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Zeid Ra’ad Al Hussein yang membuat cadangan tersebut dalam satu sidang akhbar di sini.

“Serangan itu tidak boleh dibiarkan tanpa dijawab, Majlis Hak Asasi Manusia PBB mes­ti membuat pendirian,” katanya.

Pengumuman tersebut dibuat tidak lama selepas ke­rajaan Fi­li­pi­na pimpinan Duterte mahu menyenaraikan seorang pe­­n­yiasat PBB, bekas anggota Parlimen Filipina dan empat bekas paderi sebagai pengganas.

Zeid merujuk kepada laporan media di Filipina yang memetik ancaman Presiden itu untuk menampar utusan khas PBB, Agnes Callamard sambil menggunakan kata kesat ke atasnya.

“Beliau perlu berjumpa dan mendapatkan pemeriksaan psikiatri. Komen seperti ini tidak boleh diterima, tidak boleh diterima,” tegas Zeid.

Zeid dan pegawai hak asasi manusia PBB sedang memberikan tumpuan mereka terhadap kontroversi perang ke atas dadah yang dilancarkan Duterte.

ZEID RAAD
ZEID RAAD

Polis Filipina dilapor membunuh 4,100 orang suspek dadah, tetapi kumpulan hak asasi manusia mendakwa lebih 8,000 terbunuh dalam operasi yang dakwa mereka sebagai jenayah kemanusiaan.

Callamard menjadi sasaran Duterte berhubung kritikannya ke atas kempen Duterte membanteras dadah. – REUTERS/AFP