Duterte membuat kenyataan itu hari ini, selepas dua hari mengisytiharkan bandar Marawi `bebas daripada pengganas’ berikutan pertempuran yang berlangsung sejak lima bulan lalu.

“Letupkan mereka semua (lanun) keluar dari perairan ini bagi memastikan laluan kapal kita terbuka dan selamat.

“ Mereka telah melakukan banyak jenayah rompakan di laut, sudah cukup wang yang diperoleh hasil wang tebusan,” katanya dalam ucapan pada forum Asia Tenggara yang dihadiri para diplomat dan pemimpin di sini.

Pemimpin itu juga memberitahu, beliau telah menamatkan pertempuran di Marawi dan kini akan memfokuskan semula keseluruhan pasukan tenteranya untuk menangani masalah lanun. - AFP