Harga durian berkenaan adalah lapan kali ganda daripada gaji bulanan minimum penduduk tempatan.

Durian itu dipamerkan dan dijual di dalam bekas lutsinar di sebuah pasar raya bandar ini.

Durian tersebut dikatakan dihasilkan melalui kaedah crossbreeding daripada pelbagai jenis durian yang diambil di seluruh negara.

Tidak seperti durian lain, J-Queen hanya berbuah tiga tahun sekali dan mengeluarkan aroma yang sangat unik.

“Pembeli durian itu tidak mahu didedahkan identitinya, tetapi dia cuma penggemar durian,” kata pengurus pasar raya, Heriawan Teten. - AFP