Namun begitu, pelarian Syria itu mempunyai mesej tersendiri untuk diberitahu kepada dunia mengenai tragedi keganasan tersebut.

“Jika mereka fikir bahawa mereka memusnahkan kami (umat Islam), mereka salah. Apa yang berlaku membuatkan kami lebih kuat, kerana kami bukan pengganas.

“Ramai yang mengatakan bahawa umat Islam adalah pengganas. Tetapi dunia kini melihat siapa pengganas sebenarnya,” katanya dalam sidang akhbar bersama seorang lagi anak lelakinya, Zaid, 13, yang cedera di bahagian kaki selepas ditembak dalam kejadian itu.

Jelas Salwa, umat Islam adalah umat yang mencintai kedamaian dan kasih sayang, bukannya pengganas.

“Saya harap dunia dapat memahami Islam sebenarnya, realiti Islam,” jelasnya.

Suaminya, Khalid Mustafa dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun, Hamza, merupakan 50 mangsa pertama yang dikebumikan pada kelmarin.

Keluarganya tiba di New Zealand tahun lalu sebagai pelarian dari Syria. – AFP