Stuff New Zealand melaporkan, Sazada terkena dua tembakan, satu di bahagian abdomen dan satu lagi di dadanya ketika berada di Masjid Al Noor, Deans Avenue.

Sazada merupakan antara yang mengalami kecederaan serius dan telah menjalani beberapa pembedahan serta masih ditempatkan di Hospital Christchurch.

Mohammed memberitahu, doktor memaklumkan jika Sazada sembuh daripada kecederaan, dia mungkin memerlukan kerusi roda sepanjang hayatnya.

"Hayatnya, tidak pasti lagi. Tetapi jika dia sembuh, kakinya tidak dapat berfungsi lagi. Doktor beritahu saya dia tidak akan dapat berjalan seperti biasa dan memerlukan kerusi roda," katanya.

Ketika mendapat berita mengenani nasib menimpa Sazada, ibu mentua Mohammed yang berada di Bangladesh diserang sakit jantung dan dirawat di hospital di sana.

Keadaan ibu mentuanya bertambah baik tetapi masih dirawat di hospital.