Timbalan Ketua Polis di bandar, Timbalan Superintenden B.S Srinivas berkata, mangsa yang meninggal dunia ialah Kavita, 28, dan Saraswathamma, 56.

“Sembilan yang lain termasuk dua kanak-kanak dan tiga penganut wanita sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan.

“Kita telah mengambil manisan yang dimakan oleh mangsa untuk forensik bagi memulakan siasatan,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga sedang mengesan individu dipercayai dua wanita yang mengedarkan manisan berkenaan di luar kuil terbabit. -AFP