Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad al-Bozum dalam satu kenyataan berkata, mereka yang maut ialah anggota polis, Raid al-Ekar, 39, dan Sabhy Abu Qarushayn ,28.

“Anggota pertahanan awam mengambil masa beberapa jam untuk membawa keluar dua mayat tersebut,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang komen tentang punca kejadian.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu tentera Mesir menggunakan gas untuk menghentikan penggunaan terowong haram di sepanjang sempadan negara tersebut. -AFP