Pihak Berkuasa Maritim Kebangsaan berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia selepas mereka dikatakan tidak sempat mengelak pesawat berkenaan.

Tambah mereka, kedua-dua penumpang yang menaiki pesawat tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Akhbar Diario de Noticias memetik saksi yang melihat kejadian itu berkata, pesawat terbabit terbang pada altitud rendah sebelum insiden berkenaan.

Sementara itu, punca pendaratan cemas itu masih belum dipastikan.