Kedua-dua wanita tersebut sedang bertugas di bank Yoma ketika kejadian berlaku namun sehingga kini masih belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan.

Menurut saksi, letupan kuat itu menyebabkan beberapa bangunan berhampiran musnah dan kereta yang diletak di bahu jalan rosak teruk.

Lashio terletak di wilayah Shan yang sedang bergolak berikutan pertempuran antara tentera kerajaan dengan kumpulan etnik yang menuntut autonomi. - AFP