Sebuah hotel dan pangsapuri antara bangunan yang terjejas teruk dalam kejadian tersebut manakala lima bangunan termasuk sebuah hospital rosak dengan beberapa lebuh raya mengalami keretakan.

Hotel Marshal di bandar ini hampir tumbang manakala para petugas penyelamat berhempas pulas mengeluarkan penginap hotel menggunakan kren.

Sebanyak 15 gegaran susulan direkodkan di Hualien yang merupakan pusat pelancongan yang popular di negara ini. - AFP

habis.