Menurut polis, kedua-dua mangsa ditikam hingga mati oleh penyerang terbabit yang dipercayai seorang lelaki.

Seorang pendakwa raya tempatan, Xavier Tarabeux pula memberitahu, penyerang bagaimanapun ditembak mati oleh beberapa anggota tentera yang berada di tempat kejadian.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa Marseille menggesa orang ramai supaya menghindari kawasan sekitar stesen terbabit sebagai langkah berjaga-jaga. - AFP