Menurut laporan portal ABC yang memetik kenyataan Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA), kapal yang ka­ram itu dikenal pasti sebagai kapal Thorco Cloud yang mengibarkan bendera Antigua and Barbuda dengan membawa muatan 560 tan metrik minyak, sementara kapal tangki kimia yang terlibat pula didaftarkan di Cayman Islands dengan nama Stolt Commitment.

Empat mangsa yang hilang dikenali sebagai warganegara Fi­lipina, sementara dua lagi adalah rakyat Ukraine.

Kejadian pukul 8.14 malam semalam itu berlaku kira-kira 11 ki­lometer di barat laut Pulau Batam, Indonesia, namun Stolt Commitment hanya mengalami kerosakan kecil.

Jelas laporan itu, tiada tumpahan minyak berlaku akibat insiden tersebut dan pihak berkuasa Indonesia tu­rut menghulurkan bantuan de­ngan melakukan pemantauan dan memastikan operasi pelayaran di laluan paling sibuk di dunia tersebut tidak terganggu dengan menandakan lokasi kapal terbabit karam.

“Enam anak kapal berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Besar Si­ngapura.

“Operasi menyelamat dijalankan dengan melibatkan kerjasama MPA, Polis Pengawal pantai Singapura dan Jabatan Pertahanan Awam Singapura,” tambah laporan itu.