Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar di dunia, seperti mana tahun-tahun sebelum ini merekodkan bilangan jemaah haji paling ramai.

Tahun ini turut menyaksikan penyertaan semula jemaah haji Iran selepas krisis politik antara negara itu dan Arab Saudi serta ancaman kumpulan militan Daesh di Iraq dan Syria semakin pulih.

Jemaah Iran tidak menyertai jemaah lain pada tahun 2016 selepas berlakunya insiden rempuhan yang mengorbankan hampir 2,300 jemaah haji.

Tragedi itu disifatkan sebagai bencana haji terburuk dan Teheran dilaporkan bertindak mengkritik kewibawaan organisasi pe­ngu­­rusan haji Arab Saudi.

Kedutaan Arab Saudi juga di­serang oleh penunjuk perasaan yang membantah hukuman mati ke atas ulama terkemuka Syiah dan perselisihan politik antara dua negara itu menyebabkan hubungan diplomatik antara dua negara terputus tahun lalu.

Musim haji kali ini bagaimanapun dibayangi krisis politik terburuk di rantau Teluk apabila Arab Saudi bersama tiga buah negara Arab lain memutuskan hubungan dengan Doha pada 5 Jun kerana negara itu dikatakan menyokong kumpulan militan.– AFP