Polis berkata Chong Hock Yen, 58, dan rakyat Korea Utara berkenaan iaitu Li Hyin, 30, didakwa kerana melanggar undang-undang sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang membekalkan secara langsung atau tidak sebarang eksport atau barangan mewah ke mana-mana orang di Korea Utara.

Turut didakwa ialah tiga syarikat berdaftar di Singapura yang dikaitkan dengan Hock Yen iaitu SCN Singapore Pte Ltd, Laurich International Pte Ltd dan Sindok Trading Pte Ltd.

“Singapura mengambil tanggungjawabnya di bawah Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dengan serius dan melaksanakannya dengan sepenuhnya serta setia.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau entiti yang melanggar undang-undang serta peraturan kami,” kata polis dalam satu kenyataan dikeluarkan. - REUTERS