Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika operasi polis dan membawa senjata api, dalam serangan yang mengorbankan 50 orang.

Menurutnya, salah seorang daripada mereka iaitu wanita, telah dibebaskan, manakala seorang lagi masih ditahan untuk membantu siasatan mengenai dakwaan membawa senjata api.

"Pada masa ini, hanya seorang yang dituduh (di mahkamah) berhubung serangan itu," jelasnya merujuk kepada Tarrant.

Terdahulu beliau berkata, seramai 36 orang mangsa serangan masih dirawat di hospital. - AFP