Hakim T. Srinivas Rao bagaimananapun menetapkan Isnin depan untuk menentukan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.

Polis telah menahan dan mendakwa lima lelaki bersama-sama dua lagi yang sedang diburu atas tuduhan membunuh dan jenayah lain berkaitan letupan itu namun mahkamah melepas dan membebaskan tiga yang lain.

Tertuduh yang didapati bersalah ialah Mohammed Akbar Ismail Chowdhari dan Aneeq Shafique Sayeed.

Dalam kejadian itu, satu letupan di sebuah kedai makan popular di kawasan teater terbuka di Lumbini telah meragut 32 nyawa manakala satu lagi letupan berlaku beberapa meter daripada Sekretariat Negara, mengorbankan 12 orang. - Bernama