“Tengah hari semalam, dua buah keluarga di dua kediaman dilanda letupan, diikuti dengan kebakaran.

“Tujuh mangsa telah dibawa ke dua hospital. Menurut pihak hospital, tiga daripadanya mengalami kecederaan parah, termasuklah dua orang kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun,” kata pihak pendakwa raya awam Brussels dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Tambah kenyataan itu, seorang lagi mangsa ditemukan di bawah timbunan kediaman yang musnah namun identitinya belum diketahui. - AFP