Bekas Menteri Luar, Walter Mzembi dan Menteri Tenaga, Samuel Undenge didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah.

Undenge dituduh memberikan kontrak tender sebanyak AS$12,650 (RM50,568) kepada syarikat yang tidak melakukan kerja, menurut kertas pertuduhan yang dilihat oleh Reuters.

Kedua-dua mereka dibebaskan hari ini tetapi diminta menyerahkan pasport dan ditahan sehingga 22 Januari sehingga kes dibicarakan. - REUTERS