Menurut Oddity Central, Ackroyd dan Harvey telah menemukan satu kaedah yang menggunakan rumput sebagai bahan penting dalam lukisan mereka.

Dengan memanipulasi proses pertumbuhan rumput, mereka mampu mencetak lukisan-lukisan kepada dinding yang dipenuhi rumput hidup yang berkembang mengikut jumlah cahaya matahari diterimanya.

Mereka pada mulanya menutup kanvas bersaiz besar dengan bancuhan air dan menggosok be­nih rumput di permukaannya.

Kemudian, mereka menutup tingkap studio bagi menukarkannya kepada bilik gelap dan memastikan hanya cahaya yang sampai kepada kanvas tersebut menerusi slaid negatif gambar.

Selepas itu, mereka membiarkan kanvas berkenaan selama beberapa minggu dan akhirnya gambar yang dihasilkan seakan-akan ‘hidup’.

Menurut Harvey, jumlah cahaya yang dipancarkan di beberapa bahagian negatif berkenaan me­nentukan tona warna rumput tersebut.

“Apabila cahaya lampu yang terang dipancarkan ke arah rumput, lebih banyak klorofil dihasilkan dan rumput akan berwarna hijau. Jika tiada pancaran, rumput itu tumbuh tetapi hanya me­ngeluarkan warna kekuningan,” kata Harvey.