Menerusi satu kenyataan, kedua-dua anggota militan tersebut dipercayai bertindak sebagai ‘pengawal’ dan ‘penterjemah’ kepada semua kegiatan Daesh termasuk menculik tebusan Barat, selain dikaitkan dengan pengganas Britain yang dikenali sebagai Jihadi John.

Jihadi atau nama sebenarnya, Mohammad Emwazi bagaimanapun terbunuh dalam satu serangan udara oleh tentera pakatan yang diketuai AS di Syria pada 2015. - AFP