Lelaki berkenaan, Jorge Edwin Rivera memberitahu pihak berkuasa bahawa dia menggunakan dron untuk menyeludup dadah sebanyak lima atau enam kali sejak bulan Mac sebelum menyerahkan bahan berkenaan kepada pihak yang mengupahnya.

Beliau berkata, dia sepatutnya dibayar AS$1,000 (RM4,300) dalam cubaan penyeludupan yang berakhir dalam penangkapannya.

Pihak berkuasa mengatakan agen mendapati Rivera bersama-sama methamphetamine yang disembunyikan dalam kotak makan tengah hari dan dron sepanjang dua kaki (0.6 meter) tersembunyi di belukar berdekatan.

Dron sebelum ini jarang digunakan untuk menyeludup dadah dari Mexico kerana kemampuannya membawa beban yang kecil tetapi ia tidak ditolak kini mungkin menjadi sesuatu yang biasa.

Alana Robinson, pemangku pendakwa di Daerah Selatan California berkata, penyeludup dadah tidak melihat dron sebagai teknik penyeludupan yang menarik kerana bunyinya yang kuat ketika terbang dan jangka hayat bateri yang pendek serta muatannya terhad berbanding kaedah-kaedah yang lain seperti petak kenderaan tersembunyi, bot atau terowong.

Berikutan keupayaan teknologi untuk mengatasi kekurangan itu, Robinson menjangkakan dron akan tarikan kepada penyeludup kerana kelebihannya mampu mengelak diri daripada pihak berkuasa kerana dron boleh beroperasi jauh daripada tempat dadah dihantar. -AGENSI