“Tindakan India itu jelas melanggar kedaulatan wilayah China. Kami meluahkan rasa tidak puas hati dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut,” kata Timbalan Pengarah Biro Pertempuran Bahagian Barat Tentera, Zhang Shuili.

Shuili bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut berkaitan insiden berkenaan.

Tambah Shuili, tentera sempadan China telah mengambil langkah profesional dan menjalankan pengesahan identiti dron itu. - AFP