Menteri di Pejabat Kabinet, David Lidington dalam temu bual bersama ITV berkata, kerajaan kini sedang mengkaji untuk melihat sama ada terdapat cara untuk memperketatkan undang-undang.

“Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa lapangan terbang juga perlu meningkatkan dan melakukan lebih banyak pelaburan dalam teknologi yang boleh mengesan dan menghentikan penggunaan dron,” katanya di sini hari ini.

Penerbangan di Lapangan Terbang Heathrow, di sini terpaksa dihentikan kira-kira sejam susulan laporan terdapatnya dron berhampiran laluan udara yang paling sibuk di Eropah, semalam. -REUTER