Gillian Anderson (Kanan) dan David Duchovny,

Mail Online melaporkan apabila menonton episod pertama selepas 14 tahun penyiarannya terhenti, peminat di media sosial menyatakan, misteri terbesar drama itu adalah bagaimana dua watak utamanya iaitu ejen FBI, Fox Mulder dan Dana Scully tidak kelihatan tua.

Malah, watak-watak itu yang dibawa Gillian Anderson, 47, dan David Duchovny, 55, mencetuskan persoalan peminat sama ada rancangan baharu itu ditaja oleh botox.

Seorang pengguna Twitter, Will Goldstein berkata; “Misteri paling besar drama bersiri baharu (X-Files): Kenapa semuanya botox?”

“Misteri terbesar adalah bagaimana watak-watak The X-Files tidak kelihatan berusia. Makhluk asing? Anda buatlah keputusan,” kata seorang lagi pengguna Twitter, Alicia Day.

Seorang peminat yang menggunakan nama CelioCyl dalam komennya secara berseloroh berkata “campur tangan makhluk asing menyebabkan pelakon-pelakon terbabit kelihatan muda”.

Drama X-Files mula ditayangkan di televisyen pada 1993 dengan Anderson membawa watak sebagai seorang doktor dan ahli forensik, Dana Scully.

Scully dikatakan lahir pada 1964 dan kini sepatutnya berumur 52 tahun, manakala Mulder pula 55 tahun.