Menurut polis, dua tebusan itu termasuk seorang daripadanya dicurahkan petrol pada badannya telah dibebaskan.

Drama tebusan itu berlaku kira-kira pukul 4 petang dengan stesen televisyen BFM melaporkan suspek telah memasuki pejabat sebuah syarikat di kawasan Rue des Petites Ecuries.

Sekurang-kurangnya seorang lelaki cedera ringan semasa berlawan dengan penyerang dan berjaya menyelamatkan diri sejurus polis tiba.

Motif kejadian serangan itu masih tidak jelas namun insiden berkenaan tidak ada kaitan dengan keganasan. - AFP