Pemecatan itu dilihat me­ngundang kontroversi kerana Co­mey merupakan individu yang mengetuai siasatan terha­dap pembabitan Rusia dalam kempen Trump menghadapi pi­lihan raya Presiden pada tahun lepas.

Comey juga me­rupakan individu yang bertanggungjawab me­ngendalikan kes skandal e-mel membabitkan ca­lon Presiden daripada Parti Demokrat, Hil­lary Clinton.

Trump berkata, Comey terpak­sa digugurkan bagi mengelak daripada ter­­­ce­tus­­nya kebimba­ngan terha­dap integriti sia­satan selain mendorong su­­paya satu siasatan bebas dijalankan.

“Pen­ting bagi kita mencari ke­pim­pinan ba­ha­ru untuk FBI agar dapat mengembalikan keper­ca­yaan serta ke­yakinan orang ramai da­lam men­jayakan misi menguatkuasakan undang-undang ini,” kata Trump dalam satu surat kepada Comey yang dikeluarkan White House.

Menurut Trump, keputusan memecat Pengarah FBI itu dibuat selepas beliau menerima pandangan daripada Peguam Negara, Jeff Sessions yang menyatakan Comey tidak lagi mampu memberikan kepimpinan yang berkesan.

Dalam surat yang sama, Trump turut menyebut: “Walaupun saya menghargai anda, tetapi bersetuju dengan keputusan Jabatan Kehakiman bahawa anda tidak mampu menerajui biro itu de­ngan berkesan.”

Comey yang dilantik meme­gang jawatan itu oleh bekas Pre­siden AS, Barack Obama pada 20­13 sepatutnya menamatkan per­khidmatannya pada September 2023.

Julai lalu, Comey dilaporkan bersetuju menutup kes e-mel Hillary tanpa sebarang pendakwaan.

Bagaimanapun, kira-kira 11 hari sebelum pilihan raya bermula iaitu pada 8 November, siasatan kes itu dikatakan dibuka semula selepas terdapat pe­nemuan e-mel baharu membabitkan Hillary yang menjadi calon Presiden AS mewakili Demokrat.

Ekoran itu, Hillary dan anggota Demokrat lain mendakwa keputusan Comey menyumbang kepada kekalahannya dalam pilihan raya berkenaan.