DOKUMENTARI terbaharu menuduh Raja Pop, Michael Jackson mencabul dua budak lelaki dikatakan keterlaluan dan menyedihkan. - AFP

Tayangan perdana dokumentari ‘Leaving Neverland’ akan ditontonkan pada Festival Filem Sundance pada bulan ini, mengisahkan cerita dua lelaki berusia 30an mendakwa dicabul Raja Pop ketika berusia tujuh dan 10 tahun.

Menurut wakil mendiang Raja Pop itu, dokumentari tersebut satu lagi produksi sensasi yang keterlaluan dan menyedihkan bagi mengeksploitasi mendiang untuk wang. - AFP