Portal berita Al-Arabiya melaporkan, petugas perubatan di Hospital Qasr El Eyni sebelum ini pernah melakukan imbasan X-ray pada pesakit tersebut dan mengesan sebanyak 39 batang paku panjang, satu pemetik api dan penyepit kuku.

Selepas selesai pembedahan, doktor Abdelrahman Mostafa memuat naik gambar kesemua objek yang dikeluarkan daripada perut pesakit berkenaan ke dalam akaun Facebook­nya.

Identiti pesakit, ba­gai­ma­­napun tidak didedahkan.

Berita tentang pembedahan itu mendapat reaksi pelbagai pihak, termasuk rakan Abdelrahman yang menyifatkan pesakit tersebut mungkin menghadapi masalah psikologi.

Terdapat juga yang beranggapan pesakit itu mempunyai kuasa luar biasa sehingga membolehkan dia menelan kesemua objek keras itu. – AGENSI