Menurut pegawai polis tempatan, Arvind Tiwari, Siraj Khan, seorang tukang jahit yang berumur 45 tahun diserang di daerah Satna, negeri Madhya Pradesh, awal Jumaat lalu dan mati di tempat kejadian.

Rakan Khan, Shakeel Maqbool yang turut diserang telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan kritikal.

“Kami telah menahan empat individu dan mereka berada di bawah pengawasan hakim. Kami sedang menyiasat punca serangan tersebut,” kata Tiwari. -AFP