Pihak polis Israel mengesahkan telah tersilap menahan lelaki Palestin itu kerana status tersebut sebelum membebaskannya selepas didapati berlaku kesilapan dalam penterjemahan ayat itu.

Akhbar Haaretz melaporkan, lelaki berkenaan telah memuat naik gambarnya yang sedang bersandar pada sebuah jentolak di kawasan Beitar Ilit iaitu tempat dia bekerja di Tebing Barat.

Di bawah gambar itu, lelaki itu telah menulis perkataan ‘selamat pagi’ tetapi perisian terjemahan dalam Facebook menterjemah perkataan itu sebagai ‘serang mereka’ dalam bahasa Hebrew dan ‘cederakan mereka’ dalam bahasa Inggeris.

Tidak dapat dipastikan punca kesilapan terjemahan itu kerana pada dasarnya tiada persamaan antara ungkapan ‘selamat pagi’ dalam bahasa Arab dengan bahasa Hebrew atau bahasa Inggeris.

Polis yang dimaklumkan tentang status berkenaan telah menahan lelaki itu minggu lalu namun membebaskannya beberapa jam kemudian selepas menyedari kesilapan mereka.

Akhbar berkenaan turut mela­porkan, status dalam Facebook itu telah dipadamkan selepas kejadian berkenaan. – AFP