Yang Kaili memuat naik rakaman yang memaparkan tindakannya menyanyikan lagu tersebut secara sambil lewa ketika melakukan aksi seperti konduktor muzik.

Remaja berusia 20 tahun itu turut dikecam kerana mengucapkan “Hello, 
good evening, comrades” 
ketika lagu tersebut 
dimainkan.

Bermula tahun lalu, China memperkenalkan undang-undang yang boleh mengakibatkan mana-mana penduduknya yang mempersendakan lagu rasmi negara tersebut ditempatkan 
di bawah tahanan polis selama 15 hari.

Polis di Shanghai dalam kenyataan menegaskan tindakan Yang sebagai mencemar maruah lagu rasmi negara itu dan dalam masa yang sama mencetuskan kemarahan rakyat. – Skynews