Pengarah filem itu, Jennifer Lee dan Chris Buck dilapor sedang membuat persiapan awal bersama penerbitnya, Peter Del Vecho selepas filem tersebut meraih Anugerah Oscar baru-baru ini menerusi kategori Filem Animasi Terbaik.

Namun, tarikh tayangan serta butiran lain tidak didedahkan oleh Walt Disney.

Pengumuman penerbitan Frozen 2 itu dibuat oleh Ketua Pegawai Kreatif Walt Disney dan Pixar Animation Studios, John Lasseter bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Walt Disney, Bob Iger serta aktor, Josh Gad.

Filem Frozen berjaya meraih kutipan sebanyak AS$1.3 billion (RM3.6 bilion) di seluruh dunia, sekali gus menewaskan filem animasi klasik, The Lion King.

Terkenal dengan lagu Let It Go, filem itu turut memperoleh keuntungan daripada penjualan barang­an bertemakan Frozen.