South Korea’s JoongAng Ilbo daily melaporkan, sumber diplomatik di Seoul menyatakan pemangku Duta Korea Utara di Rom, Jo Song Gil memohon suaka daripada negara barat yang tidak dikenal pasti.

“Beliau memohon suaka pada awal Disember lalu.

“Pihak berkuasa Itali juga menyatakan mereka melindungi beliau dan keluarga di tempat selamat,” katanya.

Sebelum ini, diplomat kanan Korea Utara membelot ialah Thae Yong Ho yang meninggalkan jawatannya sebagai timbalan duta di London pada 2016. - AFP