A.K. VermaMenurut laporan portal berita odditycentral, staf terbabit, A.K Verma (gambar) mula ponteng kerja sejak 1990 apabila dia memberitahu majikannya untuk pulang ke rumah akibat sakit.

Kemudian, Verma yang merupakan pembantu eksekutif jurutera, cuba melanjutkan cuti tetapi ditolak dan sejak itu dia gagal melaporkan diri kepada CPWD, menyebabkan dia disiasat oleh pihak majikannya pada 1992.

Tetapi proses perbicaraan kes itu hanya dimulakan pada 2007 dan CPWD mengambil masa lebih tujuh tahun untuk membuat keputusan rasmi memecat Verma hanya selepas Menteri Pembangunan Bandar, M. Venkaiah Naidu, baru-baru ini mengeluarkan arahan agar lelaki itu dibuang kerja bagi memastikan imej CPWD tidak tercemar dengan kes tersebut.

Verma mula berkhidmat dengan jabatan berkenaan pada 1980 dan dinaikkan pangkat 10 tahun kemudian sebagai pembantu eksekutif jurutera.

Kes Verma bukan yang pertama berlaku di India memandangkan karenah birokrasi yang berleluasa di negara ini menyebabkan peningkatan kes ponteng kerja.

Kebanyakan penjawat awam di negara ini dikenali dengan sikap suka datang lewat ke tempat kerja, mengambil masa lama ketika waktu rehat dan menghabiskan masa berjam-jam untuk bermain golf.