Menurut pakar bebas berkaitan kesan hutang terhadap hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Juan Pablo Bohoslavsky, lintah darat berkenaan juga menuntut wanita-wanita terbabit untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

“Wanita terdedah dengan keganasan psikologi dan fizikal oleh lintah darat ini. Saya juga mengetahui terdapat kes peminjam cuba menjual buah pinggang mereka untuk membayar hutang,” katanya. - AFP