Mirziyoyev yang memerintah sejak 2016, telah melonggarkan sekatan terhadap kebebasan agama sebagai sebahagian daripada kempen reformasi ekonomi dan politik liberalnya.

Walau bagaimanapun, Mirziyoyev enggan menarik balik larangan pakaian keagamaan yang dikuatkuasakan sejak berdekad lamanya.

Beliau mengeluarkan arahan melarang pelajar wanita daripada memakai tudung di sekolah pada bulan lalu.

Langkah tersebut mencetuskan kritikan di media sosial yang diketuai oleh Fazliddin Parpiyev, seorang imam di masjid Omina, Tashkent.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook oleh Parpiyev baru-baru ini, beliau berkata walaupun beberapa perubahan telah dilakukan, orang Islam masih ditindas dengan isu tudung serta janggut dan meminta Mirziyoyev untuk membantu umat Islam ‘dalam mengekalkan kebebasan hati nurani’.

Bagaimanapun, Parpiyev menyatakan dia telah dipecat oleh Lembaga Muslim Uzbekistan semalam dan beberapa ulama mendesaknya untuk menarik balik kenyataan itu. - REUTERS