Tragedi itu tular setelah Louis memuat naik video memaparkan beliau sedih dengan kejadian yang turut merosakkan beberapa permainan lego termasuk set Star Wars yang dikumpul sejak 14 tahun lalu.

Dalam video berdurasi lima minit enam saat itu, Louis meluahkan kekecewaan dan menyuarakan keinginan untuk tidak lagi memuat naik sebarang video di YouTube.

“Saya tidak tahu apa hendak saya lakukan. Itu (lego) adalah minat saya...Ini adalah pengakhiran saluran YouTube saya,” katanya.

Susulan video tersebut, ramai pengguna internet bersimpati dan memberi sumbangan. Jumlah yang dikumpul menerusi laman gofundme kini telah mencecah AS$18,350 (RM76,290). - HUFFPOST