Menurut portal Mail Online, empat ekor ikan lumba-lumba itu diletakkan di dalam sebuah kolam kecil berukuran 10 meter lebar dan 20 meter panjang yang dipenuhi air berklorin.

Pelancong dari Australia, Craig Bronsha berkata, dia terkejut melihat ikan lumba-lumba itu yang diletakkan di dalam kolam kecil, ketika bercuti di pulau ini, baru-baru ini dan telah membuat petisyen mendesak supaya perbuatan itu dihentikan.

“Julai tahun lalu, saya pernah membuat bantahan serupa tetapi hotel ini masih meneruskan aktiviti itu dan ikan lumba-lumba itu masih diletakkan di dalam kolam yang dipenuhi air berklorin,” ujar Brokensha dalam petisyen terbaharunya.

Pihak pengurusan hotel berkenaan menawarkan aktiviti bersama ikan lumba-lumba yang diberi nama Wake Bali Dolphin, sekali gus menjadi tarikan baharu kepada pengunjung ke pulau ini.

“Mari kita jadikan percutian ke pulau ini lebih menyeronokkan berpeluang berenang bersama ikan lumba-lumba,” kata iklan Wake Bali Dophin dalam laman web.

Wake Bali Doplhin menawarkan kos sebanyak AS110 (RM414) bagi dewasa dan AS$100 (RM377) untuk kanak-kanak berenang selama 45 minit atau AS$408 (RM1500) untuk pakej dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Selain itu, pengunjung berpeluang melihat persembahan ikan lumba-lumba dengan tawaran harga sebanyak AS$89 (RM335) seorang.