Perbuatan wanita tersebut, Rekha Nagvanshi, 30, terbongkar selepas ibu mentuanya ternampak dia melakukan perbuatan jijik tersebut di dapur dan wanita itu mengaku dia melakukan perkara yang sama setiap hari selama setahun.

Menurut laporan portal Mirror, Nagvanshi dipercayai tidak gembira dengan perkahwinannya dengan Deepak, 34, dan bertindak keluar dari rumah mereka di daerah Indore dalam negeri Madhya Pradesh, tengah India untuk tinggal bersama ibu bapa sendiri.

Kawan Nagvanshi, Alia Kohli, 32, berkata, rakannya itu pernah menceritakan tentang perbuatan Deepak melayannya seperti hamba dan menyebabkan wanita tersebut mengalami tekanan perasaan.

“Selepas berpindah keluar, Deepak memujuk Nagvanshi untuk tinggal bersama semula demi kepentingan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.

“Nagvanshi akhirnya bersetuju untuk bersama semula tetapi dengan syarat Deepak perlu masak, membasuh pinggan, dan mengurut kakinya,” kata Kohli.

Bagaimanapun ibu bapa Deepak, Suraj, 60, dan Ajith, 55, mengetahui tentang perjanjian antara Deepak dan Nagvanshi itu, sekali gus memaksa anak lelaki mereka agar tidak mematuhi syarat-syarat tersebut.

Menurut Suraj, dia dan suami selalu melawat pasangan tersebut sekali atau dua kali seminggu dan tidak pernah mengetahui tentang perbuatan buruk menantu mereka itu.

“Dia selalu tersenyum apabila mempelawa kami minum teh dan tidak mengesyaki perkara pelik terhadapnya.

“Namun, pada satu hari, saya pergi ke dapur dan mendapati dia membuang air kecil ke dalam teko teh yang dihidangkan kepada kami.

Suraj dan Ajith kemudiannya membuat laporan polis tetapi kes itu tidak diterima, namun pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah dengan sendiri.

Difahamkan, Nagvanshi dan Deepak kini tinggal secara bera­singan.