Portal Okezone melaporkan, pendedahan itu merangkumi pemilikan tanah, geran, bon, saham dan sebagainya.

“Ya, laporan itu sudah dikemukakan. Adakah ia mempunyai saham atau bon atau geran syarikat mana dan disokong oleh bukti pemilikan. Logiknya, ia sama seperti aset tanah yang disokong oleh bukti laporan kekayaan,” kata jurucakap KPK, Febri Diansyah, hari ini.

Sebagaimana diketahui, semasa debat kedua Pilihan Raya Presiden (Pilpres) baru-baru ini, capres nombor 1, Joko Widodo atau Jokowi mendedahkan kewujudan beratus ribu hektar tanah di Aceh serta Kalimantan yang dimiliki oleh capres nombor 2 iaitu Prabowo.

Jokowi berkata, Prabowo mempunyai 120 hektar tanah di Aceh Tengah dan 220,000 hektar tanah di Kalimantan Timur.

Prabowo mengesahkan dakwaan Jokowi itu namun beliau menyatakan tanah berkenaan berstatus ‘hak guna usaha (HGU)’ dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja oleh kerajaan.

Febri bagaimanapun enggan mengulas berkaitan debat tersebut, namun menegaskan KPK hanya fokus kepada penguatkuasaan undang-undang.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berkaitan debat Pilpres kerana suasana dan situasi politik ketika ini, KPK hanya fokus kepada pelaksanaan tugas KPK sahaja,” jelas Febri.– AGENSI