Data peribadi termasuk nama, alamat rumah dan nombor telefon bimbit masing-masing telah didedahkan dalam talian oleh syarikat telekomunikasi terbesar yang dimiliki bilionair, Viktor Vekselberg.

Vekselberg berkata, beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan ekoran insiden itu.

Wartawan Reuters turut menyaksikan beratus-ratus rekod pangkalan data antarabangsa dan data dikenali termasuk nombor telefon bimbit dan alamat rumah seorang pegawai tinggi kerajaan Rusia, seorang pengarah filem terkenal dan ahli keluarga seorang ahli perniagaan terkemuka.

Data tersebut dimuat naik dalam pangkalan data RIPE NCC, internet wilayah yang didaftarkan untuk Eropah, Timur Tengah dan beberapa bahagian Asia Tengah, kata pakar Teknologi Maklumat (IT), Vladislav Zdolnikov. - Reuters