Pihak berkuasa di timur laut kepulauan Novaya Zemlya mengisytiharkan darurat setelah 52 ekor beruang kutub dilihat memasuki rumah-rumah dan bangunan awam pada minggu lalu.

Katanya, bantuan telah dimohon kepada Moscow yang mempunyai kem tentera bagi menangani situasi tidak pernah berlaku itu.

“Serangan beruang kutub besar-besaran itu telah tamat,” katanya.

Beruang kutub telah terjejas dengan pemanasan global bersama pencairan ais Artik memaksa haiwan itu meluang lebih masa di daratan bagi mendapatkan makanan. AFP